Saturday 1 February 2014

Teknik Rawatan rambut di rumah

Posted at  16:05  |  in  informasi

Bukan semua orang mempunyai masa untuk ke salun dan mendapatkan rawatan untuk rambut mereka. Malah bukan semua sanggup menghabiskan duit yang banyak bagi mendapatkan rambut yang cantik.

Tahukah anda ada beberapa barangan harian di rumah anda boleh digunakan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat tanpa perlu berbelanja tinggi?


Ikuti tips-tips berikut.

Untuk semua jenis rambut
Menurut Janice Cox, seorang penulis "Natural Beauty At Home", telur mentah adalah satu bahan yang terbaik bagi mendapatkan rambut yang sihat.

Kuning telur yang kaya dengan lemak dan protein memberi pelembab secara semula jadi kepada rambut anda. Manakala putih telur mengandungi enzim bakteria dan menyingkirkan minyak yang tidak diingini pada rambut.

Cara penggunaan: Bagi rambut jenis normal, gunakan keseluruhan telur untuk melembabkan rambut. Gunakan putih telur untuk merawat rambut berminyak, manakala kuning telur untuk melembabkan rambut kering dan rapuh. Gunakan setengah cawan campuran telur yang sesuai untuk anda dan sapukan kepada rambut yang bersih dan lembab. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuhkan dengan air sejuk dan syampu. Rawatan kuning telur dan keseluruhan telur boleh diaplikasikan sebulan sekali dan rawatan putih telur dilakukan sekali setiap dua minggu.

Untuk rambut kusam
Produk penggayaan rambut dan juga pencemaran udara boleh menyebabkan rambut anda menjadi kusam dan kelihatan tidak sihat. Namun tidak perlu bimbang kerana produk tenusu seperti krim masam dan yogurt boleh memulihkan kerosakan ini. Laktik asid boleh membuang kotoran pada rambut anda dan lemak susu pula akan memberi kelembapan.

Cara penggunaan: Urutkan setengah cawan krim masam atau yogurt ke atas rambut anda yang lembab dan biarkan selama 20 minit. Basuhkan dengan air suam, diikuti dengan air sejuk dan syampukan rambut anda selepas itu. Rawatan ini boleh dilakukan setiap minggu.

Untuk kulit kepala gatal
Untuk merawat kegatalan pada kulit kepala yang disebabkan oleh diet tidak seimbang, tekanan dan jugak cuaca, campurkan jus lemon dan minyak zaitun kepada rambut anda. Keasidan dalam jus lemon boleh menyingkirkan kepingan kering pada kulit kepala manakala minyak zaitun pula akan melembabkan kulit kepala anda.

Cara penggunaan: Campurkan dua sudu jus lemon, dua sudu minyak zaitun dan dua sudu air, kemudian urutkannya kepada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit dan basuh serta syampu rambut anda. Rawatan boleh dilakukan setiap minggu.

Untuk rambut kering
Sering berada di bawah pancaran matahari, penggunaan pengering rambut atau seterika pelurus adalah antara penyebab rambut anda menjadi kering. Bagaimana untuk merawatnya? Gunakan pemanis semula jadi! Madu adalah pelembab semula jadi yang akan menarik dan mengunci kelembapan pada rambut.

Cara penggunaan: Urut rambut anda yang bersih dan lembab dengan setengah cawan madu, kemudian biarkan selama 20 minit dan basuh dengan air suam. Anda juga boleh menambah satu hingga dua sudu minyak zaitun untuk melembutkan madu tersebut agar mudah digunakan. Untuk rambut yang rosak kerana cahaya matahari, campurkan madu dengan satu atau dua sudu bahan yang kaya dengan protein seperti avokado atau kuning telur. Ia akan menambah ikatan protein keratin yang telah diserang oleh matahari. Rawatan boleh dilakukan sebulan sekali.

Untuk rambut berminyak
Jika digunakan dengan cara yang betul, tepung jagung adalah salah satu bahan murah yang boleh digunakan untuk menyingkir minyak dan gris.

Cara penggunaan: Masukkan tepung jagung dalam bekas garam atau lada dan renjiskan ke atas rambut yang kering dan kulit kepala sehingga habis. Selepas 10 minit, gunakan berus rambut untuk membuangnya. Rawatan boleh dilakukan selang sehari.

Untuk rambut kerinting
Buah avokado bukan sahaja digunakan untuk merawat rambut rosak tetapi minyaknya yang ringan dan lembab seperti kulit kita serta proteinnya adalah kombinasi nutrient terbaik untuk meratakan rambut yang sukar dikawal.

Cara penggunaan:
Hancurkan buah avokado dan urutkannya ke atas rambut bersih dan lembab. Biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air. Bagi melembabkannya, campurkan avokado yang telah dihancurkan dengan satu ke dua sudu bahan penghidratan seperti krim masam, kuning telur atau mayonis. Rawatan boleh dilakukan dua minggu sekali.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top