Saturday, 15 February 2014

Tips Rawatan semulajadi untuk masalah kuku kaki

Posted at  21:06  |  in  tips

sekadar hiasan

 Kita sering tidak mengambil kira terhadap kuku jari kita. Tahukah anda bahawa kuku anda diperbuat daripada protein yang dipanggil keratin, satu protein berserabut membentuk konstituen struktur utama yang membentuk kuku untuk melindungi kaki. Kuku kaki boleh rosak dengan hanya kering, melalui jangkitan yang disebabkan oleh stoking kotor dan cedera melalui latihan atau di dalam kasut tidak selesa. Pastikan kuku jari kaki anda dalam keadaan yang baik dan sihat dengan mencuba beberapa rawatan semula jadi seperti di bawah:

Rendam kaki di dalam air herba 'Comfrey' untuk kuku cagu
Kuku cagu atau kuku jari kaki yang tumbuh ke dalam daging kaki sangat menyakitkan dan tidak akan hilang untuk tempoh waktu yang agak lama. Kuku cagu ini terjadi kerana pemakaian kasut yang tidak sesuai, kecederaan kaki, jangkitan atau disebabkan genetik. Jangan risau. Anda boleh gunakan akar herba 'Comfrey' untuk mengubatinya.

Isi satu bekas kecil lain dengan 1/2 gelen air suam, dan 1/2 auns akar herba 'Comfrey'. Rendam kaki anda selama 20 minit, dan kemudian gunakan tisu atau kapas di bawah kuku untuk memastikan ia tidak mencengkam kulit. Anda boleh mendapatkan akar herba 'Comfrey' di kedai-kedai kesihatan yang terdekat dari rumah anda. Dapatkan rawatan perubatan jika kuku cagu anda tidak bertambah baik dalam beberapa hari.

Rendam kuku jari kaki yang rapuh di dalam minyak bijan
Anda disarankan untuk merendam kuku kaki yang rapuh ataupun pecah di dalam minyak bijan untuk mengukuhkan dan melindungi mereka. Panaskan minyak bijan sedikit atau tambahkan sedikit minyak zaitun dan rendam kaki anda selama 10 minit.

Hilangkan kotoran pengilat kuku kaki dengan ubat pembersih gigi palsu
Jika pengilat kuku mencacatkan kuku kaki anda, letakkan satu tablet pembersih gigi palsu ke dalam satu bekas dengan air suam dan rendam kuku kaki anda. Cecair ini akan membantu untuk membuang kotoran , dan jika kotoran itu terlalu degil untuk dinyahkan, anda boleh menggunakan berus untuk menggosok kuku kaki anda.

Potong kuku kaki secara lurus
Salah satu cara untuk mengelakkan kuku kaki cagu, jangkitan kuku dan kuku tumbuh bengkok dan menyakitkan adalah dengan memastikan anda memotong kuku kaki secara lurus. Apabila kuku dipotong lurus, bahagian tepi kuku jari kaki sama sekali tidak akan mempunyai peluang untuk mencengkam ke dalam kulit anda.

Amalkan asid lemak Omega-6 dan biotin untuk kuku kaki yang sihat
Diet yang kaya dengan makanan dengan asid lemak omega-6 sangat bermanfaat untuk kekuatan kuku jari kaki. Makanlah ikan air sejuk untuk mendapatkan lebih banyak omega 6 di dalam diet anda, seperti ikan salmon. Biotin juga dikenali sebagai vitamin B7 dan adalah penting dalam mencerna asid lemak dan membantu pertumbuhan sel. Anda boleh mendapatkan lebih banyak biotin di dalam diet anda dengan mengamalkan pemakanan yang banyak kacang tanah dan kacang soya.

sumber
Penafian:
Sesetengah artikel yang disiarkan dalam blog ini bukan milik kami, Kecuali artikel yang tidak mempunyai Sumber atau dinyatakan sah sebagai hasil penulisan kami. Sekiranya terdapat artikel yang tidak boleh disiarkan semula disini, atau tidak menyenangkan mana - mana pihak sila nyatakan. Pihak kami akan segera memadam artikel yang berkenaan.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top