May Li Fi, seorang gadis yang berusia 8 tahun, terpaksa menjalani kehidupan yang berbeza daripada kanak - kanak sebayanya. Setiap hari beribu pengunjung akan melawati rumah May Li bagi mendapatkan peluang untuk melihat sendiri keadaan May Li, sesetengah pengunjung juga cuba berusaha untuk menyentuh gadis tersebut. Penganut Hindu dan Buddha percaya bahawa jika sesiapa menyentuh May Li mereka akan mendapat tuah yang baik.
Menurut pakar medik terkemuka negara tersebut, Dr Ping Lao. May Li mengalami penyakit sindrom yang amat jarang ditemui, ianya dikenali sebagai Serpentosis Malianorcis atau Jing's Jing Disease, dimana sebahagian daripada badannya membentuk seperti spisis reptilia. Hanya beberapa kes seperti ini di rekodkan dalam sejarah perubatan Thailand dan tiada penawar ditemui.
Keluarga May Li, menerima kehadiran gadis ini dengan perasaan marah, kecewa dan teruja.
Namun lama - kelamaan keadaan May Li dapat diterima kerana pengunjung tidak putus-putus datang dan memberikan sumbangan bagi meningkatkan taraf hidup mereka yang miskin. Walaubagaimanapun, Keluarga May Li agak terganggu dari segi Privasi.
0 comments: