Monday 27 January 2014

Benarkah Perang Akhir Zaman Sudah Hampir?

Posted at  20:23  |  in  informasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bukan sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang dari awal mengikuti perkembangan di Syria kerana di Syria adalah pintu gerbang perang akhir zaman. Sayang sekali masih ada di antara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.
Di saat hampir tumbangnya regim kafir Basyar Assad dan pembantunya Iran dan Hizbullah, US mengambil tindakan campur tangan untuk mengambil alih Syria dari tangan Mujahidin. Serangan kimia yang dilakukan regim Basyar Assad sebenarnya taktik terakhir untuk membuka peluang kepada US dan sekutunya untuk membantu regim Basyar itu sendiri dan seterusnya meletakkan boneka pilihan mereka.
Bangunlah dari tidur wahai ummat Muhammad. Jangan memandang mudah apa yang sedang berlaku. Ini bukan masanya lagi untuk kalian menikmati kesenangan dunia yang penuh dengan tipu daya.
Dari Watsilah bin al Asqaa, berkata, Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Hudzaifah bin al Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat beliau tentang tempat tinggal. Maka, beliau mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. [Dan] baginda mengisyaratkan ke arah Syam.
Baginda bersabda:
عليكم بالشام فإنها صفوة بلاد الله يسكنها خيرته من خلقه
“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya”.
Pembebasan Al-Aqsa bermula dari pembebasan Syria. 
#Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].
Wallahu A’lam Bish Shawab
Blogbisu

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top