Saturday 25 January 2014

Coklat tidak menggemukkan?

Posted at  19:05  |  in  informasi



Siapa cakap coklat menggemukkan? Betul ke? Ha..Jangan salah anggap. Sebenarnya, setiap jenis coklat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ada banyak jenis coklat, tapi yang mana satu yang menggemukkan?

Coklat adalah produk yang diperolehi daripada bahan asas iaitu koko. Ramai yang telah membuat kajian bahawa coklat juga mempunyai khasiat dari segi kesihatan, akan tetapi kuantiti yang diambil haruslah dikawal. Jika terlebih ambil, ia juga dapat menjejaskan kesihatan.

Coklat boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu white chocolate, milk chocolate, sweet chocolate dan dark chocolate. Setiap kategori coklat ini kandungannya berbeza di antara satu dengan yang lain.

White chocolate umpamanya, mempunyai peratusan koko yang sangat rendah sehingga boleh dikatakan hampir tidak mempunyai koko langsung. Kandungannya hanya terdiri daripada gula, susu dan mentega koko. Coklat ini mempunyai rasa yang sedap dan sering digunakan oleh chef dalam pembuatan pencuci mulut.

Milk chocolate pula terdiri daripada lemak susu, mentega koko, dan juga koko. Ia dipanggil milk chocolate kerana kandungan susunya yang tinggi sehingga mencecah 15%. Oleh kerana itu juga, milk chocolate ini dikatakan boleh mendatangkan kegemukan.

Sweet chocolate juga boleh membawa kepada kegemukan kerana mempunyai kandungan lemak susu sekitar 12%. Namun begitu, kandungan kokonya agak tinggi sekitar 30-60% dan kandungan gula yang rendah yang memberikan rasa coklat yang kuat. Oleh yang demikian, coklat jenis ini sering digunakan dalam pembuatan kek dan pencuci mulut.

Jenis coklat yang terakhir iaitu dark chocolate mengandungi peratusan koko yang tinggi sekitar 70% atau lebih dan langsung tidak mengandungi lemak susu 0%. Kandungan koko yang tinggi ini boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan pengambilan beberapa keping coklat setiap minggu kerana mengandungi flavonoid. Sebatian-sebatian ini membantu untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah. 

Walau bagaimanapun, lemak yang tinggi dan kandungan kalori coklat dapat mengatasi manfaat yang ada padanya dengan menyebabkan pertambahan berat badan sekiranya ia kerap dimakan dan diambil dalam jumlah yang besar!

Sumber

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top