Thursday 30 January 2014

Menyambut Tahun Baru Cina dengan berhijab

Posted at  17:11  |  in  informasi

Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.


“Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap.
“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.


Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

P/S: Kan best kalau semua awek Islam berhijab.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top