Saturday, 25 January 2014

10 Tips Motivasi Untuk Menjaga Kesihatan

Posted at  18:56  |  in  informasi



Ok, sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu. Ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain-lain. Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas:

Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.

Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.

Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.

Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.

Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakitkardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.

Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.

Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.

Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.

Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina

Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top