TAHUKAH anda ada sebuah pokok ditengah-tengah padang pasir di Jordan yang pernah menjadi tempat Rasulullah berteduh? Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ia digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".
Sedikit sejarah mengenainya...ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatina Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Semasa Baginda berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
NOTA: Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Selepas dari tanah Tabuk hingga ke Basra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang! Allahu Akbar...
p/s:teringin nak jelajah padang pasir ..
Pokok yg berjasa kepada Nabi Muhammad s.a.w
ReplyDelete