Friday, 24 January 2014

Wanita melecur, kekasih bakar rumah

Posted at  03:28  |  in  informasi



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah diberkas di sebuah rumah di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan bunuh dan khianat dengan membakar sebuah rumah yang didiami mangsa bersama ibu dan tiga anaknya di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak di sini, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dirumahnya kira-kira jam 3 pagi tadi. Polis turut menemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit cuba melarikan diri ke tempat tinggal asalnya selepas insiden itu.

“Kita berjaya menangkap suspek itu, hasil kerjasama Ketua Balai Polis Hutan Melintang, selepas usaha mengesan suspek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang baru dikenali sejak enam bulan lalu.

“Suspek seringkali bergaduh dengan teman wanitanya yang juga seorang ibu tunggal, kita percaya suspek turut meminta duit kepada teman wanitanya itu, akibat tidak berpuas hati suspek mengambil tindakan membakar rumah berkenaan,” katanya.

Khairi berkata,  mangsa yang berusia 29, melecur teruk di seluruh anggota badan, masih dalam keadaan kritikal, anak perempuannya, Khalisa, setahun tiga bulan melecur di beberapa bahagian badan, masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Umi Kalthom, 63, pula dirawat sebagai pesakit luar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengenalpasti bahan cecair yang digunakan dalam kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dikatakan datang ke rumah tersebut untuk bertemu kekasihnya merupakan janda beranak tiga sebelum mereka berdua bertengkar.

Suspek kemudian beredar dalam tempoh beberapa minit sebelum datang semula dan terus masuk ke bilik Sarliza lalu mencurah petrol serta menyalakan api.

Dia yang melarikan diri melalui pintu utama rumah flat itu kemudian bertindak mengunci pintu jeriji besi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membakar dengan niat dan akan disiasat dibawah 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

sumber

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top