Friday, 31 January 2014

5 Punca Seseorang individu sukar mendapat pasangan.

Posted at  23:07  |  in  hiburan





Hidup berpasangan adalah lumrah bagi setiap manusia, memang susah hidup ni tanpa pasangan tidak kira usia.Lihat sajalah zaman sekarang ni, kecik2 dah pandai cari pasangan tapi itu bukan isunya sekarang, saya nak fokuskan pada punca2 seseorang itu susah untuk mendapatkan awek, pasangan, pacar dan sewaktu dengannya, Okay berikut adalah antara punca2nya.

1. Kurang Bergaul
Kurang bergaul atau kurang bersosial adalah antara punca utama mengapa seseorang itu susah mendapat pasangan, jaringan kenalannya yang terhad membuatkan seseorang itu hanya mengenali beberapa orang individu sahaja. Mereka juga tidak mempunyai banyak pilihan , terutama yang kuat memilih ~

2.Terlalu memilih
Sifat ini juga dikenali sebagai perfectionist. Di mana seseorang itu meletakkan standart yang tinggi dalam kriteria pemilihan pasangannya. Hal ini menyebabkan setiap kekurangan yang dimiliki oleh calon pasangannya adalah tidak boleh diterima sama sekali. Mesti menepati kriterianya.

3.Kurang Keyakinan Diri.
Perkara ini merupakan perkara biasa bagi individu yang sukar mendapatkan pasangan, mereka beranggapan bahawa calon pasangan mereka lebih sempurna dan tidak layak untuk dimilikinya.
Selain itu, mereka merasakan bahawa mereka akan di reject serta merta sekiranya meluahkan hasrat hati mereka.

4.Terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Kesibukan menjadi perkara lumrah pada zaman modern yang serba materialistik ini, yang menjadi masalahnya ialah seseorang yang terlalu sibuk mengejar kerjaya dan pelajaran sehingga terlupa tentang aspek sosial mereka. Tidak dinafikan sesetengah individu bertemu pasangannya waktu bekerja, tetapi bagaimana pula dengan inidividu sebaliknya? Alamatnya sukarlah baginya mendapatkan pasangan.

5. Terlalu pendiam dan pemalu
Sesetengah orang terutamanya perempuan amat kekok dan sukar untuk berhadapan dengan lelaki pendiam apakan lagi lelaki pemalu. Tidak dinafikan juga sesetengah perempuan minat dengan sifat lelaki pendiam, kerana lelaki pendiam dikatakan lebih setia dan jujur. Namun secara keseluruhannya
lelaki jenis ini sukar untuk mendapatkan pasangan hidup ~


p/s: itu pada pandangan saya , kalau ada silap, tegur lah ~

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Tested. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top