Ingin mengurangkan kegemukan dan mencapai berat badan ideal? Anda tak perlu menjalankan diet terlalu berat dengan menghindari snek, atau hanya makan sayur dan sedikit nasi.
Inti utama diet adalah menjaga pola pemakanan, agar tidak terlebih atau kekurangan nutrisi. Bagaimana jika Anda sukar menolak keinginan untuk makan? Jadi cuba anda santap 5 makanan berikut.
Dikutip dari Health, lima makanan ini mampu membuat Anda berasa kenyang lebih lama, dan kurang mengambil makanan berat.
1. Dark Chocolate
Dalam 100 gram dark chocolate, ia hanya mengandung 170 kalori. Menurut penelitian dari University of Copenhagen, memakan dark chocolate sebelum makan mampu membuat kita berasa ingin memakan makanan dalam jumlah yang sedikit.
Kenapa? Kandungan dalam dark chocolate memperlambatkan proses pencernaan dan membuat Anda kenyang lebih lama. Sepotong kecil cokelat (seukuran kad nama) juga mampu menahan hasrat untuk memakan makanan masin, manis dan berlemak.
2. Kacang Pinus
Dengan hanya 95 kalori per 1/2 ons (sekitar 84 butir kacang), kacang pinus tidak hanya baik untuk diet tapi juga membuat Anda cepat kenyang.
Kacang pinus mengandungi asam lemak yang baik untuk jantung dan mampu meningkatkan proses penghasilan sejenis hormon yang membuat Anda berasa sangat kenyang. Jika keinginan untuk makan timbul, segera makan kacang ini.
3. Keju
Pilih keju yang diperbuat daripada susu lembu atau kambing yang diberi makan rumput. Keju dari susu ternakan lembu rumput mempunyai kandungan conjugated linolenic acid (CLA), sejenis asam lemak yang membantu mengatasi tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan osteoporosis. Pastikan produk keju tersebut berlabel ‘grass-fed’ untuk memastikan Anda membeli keju yang tepat.
4. Susu Skim
Segelas susu skim hanya memiliki 86 kalori. Protein pada susu (whey dan casein) mampu mengenyangkan perut dibandingkan minuman yang mengandungi gula. Kandungan CLA pada susu juga membantu mengatasi kegemukan.
5.Limau
Limau merupakan salah satu buah yang mampu memberi efek kenyang selain epal, kerana mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, buah limau mampu membentuk perut anda supaya kelihatan lebih slim dan rata. (yang buncit mesti suka)
p/s: Nak kurus, tapi kuat makan ? makan lah 5 jenis makanan ni selalu ~
0 comments: